Mengapakah Lelaki Suka
Mendiamkan Diri Apabila Menghadapi Masalah?
Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mau berbicara
dengan anda?
Apabila anda tanya adakah si dia sedang mempunyai masalah, si
dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang membuatkan
anda risau, si dia langsung tidak mau angkat call atau membalas SMS anda.
Saya percaya ramai wanita di luar sana tidak faham kenapa lelaki
bersikap sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri tidak mau
berbicara dengan anda. Pelik bukan?
Kerana itu sikap seorang lelaki
Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi
masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan
mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah
tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.
Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi
apabila anda keep on asking the same question, mereka akan merasa tertekan.
Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.
Saya ada ceritakan lebih detail dalam ebook Rahsia Memahami Pasangan Anda.
Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk
menyelesaikan masalah adalah berbeda dengan cara yang diambil oleh wanita.
Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.
Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan
bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si
dia sedang menghadapi masalah, mereka akan mencoba memaksa pasangan mereka
untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeda sama
sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah
dengan cara sebegitu.
Apa yang perlu anda lakukan?
Sekiranya anda memerasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan
menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri
buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti
yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa
tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).
Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya
sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda
mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat
juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.
Dulupun tidak faham kenapa saya mendiamkan diri apabila
menghadapi masalah. Tetapi selepas saya terangkan kepada beliau kenapa saya
jadi sebegini, kenapa saya jadi sebegitu, barulah beliau faham sebabnya. Dan
kini beliau akan memberikan saya ruang dan masa untuk bersendirian ketika saya
memerlukannya. (thanks dear~)
Mudah-mudahan dengan artikel ini dapatlah anda memahami kenapa
lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah
salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki. Ingatlah, salah satu tips dalam
berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda
agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya.